Just another WordPress.com site

Final Exam!!!

Salam…..tinggal beberapa hari je lagi final exam akan bermula……..rasa takut,seram,gugup,risau, tak tenang..boleh dikatakan semua adalah..bercampur-baur..rasa macam banyak lagi x baca, rasa macam tak de pape dalam memory ni..ya ALLAH…memang takut sangat nk exam ni..lagi-lagi la diri ni mmg jenis suka study last minute(tabiat yang tidak patut dicontohi)…huhu..boleh je nak ubah tapi degil…ish ish ish..

Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan kita semua, dipermudahkan dalam menjawab soalan nanti,dilapangkan dada dan fikiran,mendapat result yang cemerlang,insyaALLAH..amin…..bittaufiq wannajah!~^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan..minggu ini adalah minggu terakhir saya dan rakan-rakan menghadiri kelas Komputer dalam Pendidikan yang diajar oleh Dr.Rosseni binti Din dan tidak lupa juga Cik Aidah..pada minggu ini,Dr.Rosseni telah mengajar kami cara -cara menggunakan SPSS atau nama penuhnya Statistical Packages for the Social Scienses…beliau telah membahagikan kami kepada enam kumpulan,setiap kumpulan mendapat beberapa helai kertas yang mengandungi jawapan kepada soalan mengenai modul Microsoft Access yang telah kami jawab sebelum itu..kami telah mengisi data-data,membuat graf dan juga menganalisis keputusan daripada graf yang telah kami buat..
Sebelum pulang,Dr.Rosseni telah mengucapkan selamat kepada kami semua memndangkan peperiksaan akhir semester 1 yang akan tiba tidak lama lagi..semoga kami semua dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan dalam final exam nanti..insyaALLAh..aminnn….^^

Salam..pada minggu ini , Cik Aida telah meneruskan pengajaran mengenai Microsoft Access..Kami semua telah diajar tentang cara-cara membuat query yuran serta query biasiswa…selepas itu kami diajar membuat report bgi database yang telah kami hasilkan…Walaupun agak susah membuatnya,kami berasa lega apabila melihat hasilnya..Cik Aida meminta kami menghantar tugasan ini bersama tugasan2 sebelum ini dalam bentuk cd..

Refleksi Minggu ke 10

Salam…..pada minggu ini, kami diajar tentang cara membuat database oleh Cik Aida..kami menggunakan Microsoft Access bagi membuat database ini,,database yang telah saya buat ialah database tingkatan 5 Marikh..kami semua diminta mengisi nama-nama pelajar dengan nama rakan sekelas bagi kursus ini….ini adalah pertama kali saya menggunakan Microsoft Access..agak menarik..pada minggu hadapan kami diminta untuk menyambung tugasan ini..thankz…^^

Salam Aidilfitri ^^

Assalamualaikum..menghitung hari demi hari,jam demi jam,minit demi minit,saat demi saat untuk pulang ke pangkuan emak dan ayah tercinta..xsangka masa berlalu begitu pantas..tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan berakhir..dapatkah merasanya lagi pada tahun depan??mmg x cukup amal ibadat yang dilakukan..pasti akan hadir perasaan rindu pada bulan yang penuh berkat ini….insyaALLAH,klo umur panjang..klo diizinkan ALLAH dapatlah merasanya lagi pada tahun depan…aminnnnnn..
Skrg tibalah Syawal untuk meraikan kejayaan umat Islam atas amal ibadat terutamanya berpuasa di dalam bulan Ramadhan…6.9.2010 ni baru nak balik rumah,wah…x sabarnyer!!beg pon da kemas..tinggal nk diangkut balik ke rumah je..emakkkk!!!ayahhhh!!!^^excitednyer!first time menyambut raya sebagai seorang mahasisiswi UKM..huhu…baju raya sudah ditempah,maybe da siap..GREEN!tema kaler family tahun ni..kuih raye pon da siap dibuat + tempah…nak main mercun + bunga api n pasang pelita dgn family terutamanya adik yang 2 orang tu..ketupat,rendang,lontong,sayur lodeh,sambal kacang…bermaafan di hari raya..menyambut kunjungan sanak saudara dan sahabat handai…x sabar menanti saat itu!!sabar itu separuh dari iman la rahilah!wew~
Ok la..pepahal pon,,saya nak ucapkan..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..maaf zahir dan batin..klo ade salah silap 2 sama ada secara sedar @ x(bkn tido ok) maafkanlah….jangan simpan2…jemput datang rumah..^^

p/s:kalau nk dtg 2,bawak duit raya!!!^^

Salam..ini adalah power point yang telah saya siapkn untuk tugasan minggu ke 6 ini…Saya telah memilih tajuk Logic untuk power point ini…mungkin terdapat banyak kelemahan dalam power point yang telah saya hasilkan..tetapi saya telah cuba sebaik mungkin untuk menghasilkannya..powerpointlogic

Salam..seperti yang sudah dimaklumkan,pada minggu kelima kami telah diminta oleh Cik Aidah untuk membuat brosur..Inilah brosur yang telah kami hasilkan..harap Cik Aidah berpuas hati..^^

Salam Ramadhan…pada minggu ini Dr.Rosseni telah mengajar kami tentang cara-cara untuk menambah baik wordpress ini..Beliau memberitahu kami teknik-teknik agar wordpress kami akan lebih teratur..Hal ini penting untuk penialaian yang akan dibuat oleh beliau yang merupakan markah penting bagi peperiksaan akhir semester satu ini..banyak perkara baru yang telah saya belajar..antaranya ialah untuk menambah links dan juga widget…Saya berharap saya dapat belajar dengan lebih mendalam agar wordpress saya ini bertmabah baik..insyaALLAH..

Assalamualaikum w.b.t…sudah minggu ke -6..Dr. Rosseni telah mengambil semula tempatnya untuk meneruskan pengajaran subjek Komputer dalam pendidikan..Seharusnya pada minggu ini,kami masih lagi dalam minggu menyiapkan brosur..Oleh kerana masa yang diambil untuk menyiapkannya tidak terlalu lama,Dr.Rosseni telah meneruskannya dengan cara-cara membuat power point dengan menggunakan Microsoft Office Presentation..Kami boleh memilih sebarang tajuk yang kami suka tetapi yang berkaitan dengan subjek yang akan kami ajar apabila bergelar guru kelak…saya telah menonton video tentang cara-cara membuat power point yang terdapat dalam wordpress Dr.Rosseni..Saya telah memilih tajuk Logic dan membuat power point berpandukan video yg telah saya lihat…saya turut memasukkan math movies yang berkaitan dengan tajuk ini..Alhamdulillah, tugasan pada kali ini saya dapat laksanakan..semoga Dr.Rosseni berpuas hati^^

Salam satu Malaysia…Pada minggu ke-5 ini, kami telah bersama dengan Cik Aidah bagi meneruskan pembelajaran dalam subjek Komputer dalam Pendidikan..Kami telah diminta untuk membuat brosur tentang cara menggunakan pangkalan data (database) di www.ukm.com/library..Kami telah menggunakn Microsoft Office Publisher bagi membuat brosur ini..Pengetahuan dan maklumat yang telah kami dapat dari Kuliah Minggu ke-4 telah kami gunakan bagi melaksanakan tugasan ini..Kami telah dibahagi kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar..Saya dan rakan-rakan telah memilih pangkalan data Proquest dan kami telah buat sebaik yang mungkin bagi menghasilkan brosur yang menarik tentang cara menggunakan database ini..Kami diminta untuk menghantar hard copy pada minggu akan datang manakala soft copy perlu diemailkan kepada Cik Aidah di fakeh2000@yahoo.com..

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.